Aktiviti pengurusan diri bukan sahaja dilakukan dalam bilik darjah (waktu P&P), malahan di PPKI SKM kami tetap meneruskan aktiviti pengurusan diri pada masa-masa terluang. Ini bertujuan memastikan murid PPKI di sini sentiasa mengamalkan kekemasan diri dan mampu menguruskan diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada guru ataupun ibu bapa semasa dirumah.
murid menggosok pakaian sekolah sendiri. Untuk permulaan aktiviti ini kami membiasakan murid menggosok pakaian tanpa menggunakan elektrik. Ini bertujuan untuk membiasakan murid dengan cara memegang seterika dan fokus kepada bahagian yang ingin digosok.
sepanjang aktiviti pengurusan diri dijalankan guru hanya bertindak sebagai pemantau. Apabila tahap keyakinan dan asas menggosok pakaian semakin baik, guru akan membiarkan murid menggosok pakaian dengan menggunakan elektrik. walaupun demikian, guru masih sentiasa bersama murid sepanjang aktiviti dijalankan
Inilah hasilnya......
Kami berharap agar aktiviti seperti ini akan berterusan dan sentiasa ditambahbaik dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment